Tuesday, 31 January 2017

cerpen i'll be your man

##hai..so, hari ni nak try first cerpen..so harap korang layan je la.. kalau ada nak comment apa-apa atau teguran boleh je comment. saya terima dengan hati yang terbuka. cerpen ni agak panjang.saya juga agak baru dalam bidang.kalau ada salah atau yang tak masuk akal tu.maaf la. huhu.


Nama aku Anastasha vianni gracella bt Ahmad Fawwaz. nama ku diberi kerana aku mengikut ibu ku yang berketuran orang rusia dan ibu telah memeluk agama islam selepas mengahwini ayah. Ini juga telah membuktikan yang wajah ku banyak mengikut kepada arwah ibu kerana rambut ku yang semula jadi bewarna blonde dan mataku bewarna brown ditambah pula dengan wajahku yang putih semula jadi. Jika orang tidak mengenaliku dengan lebih dekat pasti orang akan ingat aku bukan orang malasyia. aku bekerja sebagai pengurus kewangan di syarikat ADM Holdings Berhad iaitu salah satu syarikat yang mengendalikan untuk pembinaan perumahan, kondominium dan rumah-rumah kedai.
Aku seorang yang tidak pernah kenal erti lelah dan bekerja keras untuk menampung hidup di kota yang serba moden. aku hanyalah sebatang kara di dunia kerana ibu bapa ku telah pergi menghadap ilahi sejak aku berumur 15 tahun dan sejak itu kegembiraan yang aku ada telah dibawa pergi bersama roh mereka. aku dipelihara oleh nenek dan apabila umurku mencecah 18 tahun, nenek pula telah pergi meninggalkan ku. hidup ini penuh dengan pancaroba sampai terkadang aku menyalahkan takdir kenapa aku dilahirkan ke dunia ini. Sejak itu aku tidak pernah tersenyum, bergelak ketawa seperti orang lain dan aku hanya hidup di dunia ku sendiri.
Aku terus memukul punch bag dengan sekuat hati dan sejak 1 jam aku tidak berhenti memukul. itu lah kehidupan aku sejak dulu lagi. waktu lapang atau cuti aku akan ke sini atau pergi berjogging di tasek titiwangsa kerana  melepas kan lelah dengan kerja yang menimbun di pejabat. setelah 2 jam aku bertomoy aku berhenti dan berehat seketika, kemudian aku mengemas beg aku dan terus pulang ke rumah.
Sesampai di rumah aku terus masuk ke bilik dan membersihkan diri. jam pun sudah menginjak ke waktu mahgrib dan aku bersiap sedia untuk memunaikan solat. aku hanya tinggal bersendirian di apartment Royal park kerana aku selesa bersendirian begini. aku membuat nasi goreng serba ringkas dan mengisi perut. selesai makan aku mengemas meja dan terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat isyak.'esok hari ahad, jogging pun ok jugak dari tak buat apa di rumah'. aku berfikir dan buat keputusan untuk pergi berjogging di taman berdekatan di tempat ku ini.
Keesokannya, pagi-pagi lagi aku telah bersiap-siap untuk memulakan aktiviti aku ni. sedang aku berjogging aku terdengar ada suara seseorang meminta tolong. niat di hati nak blah je tapi tak akan nak biar saja orang yang dalam kesusahan. aku pergi ke tempat arah suara itu datang dan aku terkejut apabila melihat seorang lelaki telah dipukul sehingga lebam seluruh badan.
''hoi, baik ko lepaskan mamat tu sebelum aku penggal korang hidup-hidup''.
mereka semua terkejut apabila terdengar suara aku dan tergelak macam tak ingat dunia. tak silap aku ada dalam 5 orang mereka semua ini.
''wah wah. ada heroin datang nak tolong hero la pulak.hahaha. geng, apa lagi awal lagi ni kalau nak sarapan. tarik budak tu cepat''.
aku yang mendengar sudah panas telinga. mereka memang nak cari mati dengan aku. dengan segala kudrat yang ada aku dapat menumbangkan ke lima-lima orang ini dan mereka cepat-cepat bangun untuk melarikan diri apabila aku lagi sekali mahu menghentak mereka.
aku pandang lelaki tu yang dah terbaring dengan keadaan yang lemah. aku menghampiri lelaki itu dan membantunya untuk bangun. dia memandang aku dengan wajah yang berkerut kerana menahan sakit. aku memapahnya untuk di dudukkan di kerusi yang berdekatan. waktu sekarang tidak ramai orang  yang datang berjongging, mungkin masih awal lagi.
''terima kasih sebab tolong saya''.
''mari sini telefon kau''.
dia memandangku pelik dan tetap memberi telefon itu kepada aku.
''sekarang dial nombor keluarga kau atau kawan-kawan kau cepat'', kata aku.
dia hanya mengikut arahan aku dan setelah itu aku merampas telefon itu daripada dia. aku menunggu panggilan di sebelah sana yang menjawab.
''hello. minta maaf kerana mengganggu. sekarang ni kawan encik telah dipukul dengan sekumpulan lelaki dan saya terjumpa kawan encik ini dalam keadaan yang lemah. boleh encik datang ke taman mutiara dengan segera.''
aku memulangkan telefon itu kepadanya dan dia terus mengambil. sementara menunggu kawannya. aku duduk di bangku yang sama diduduk olehnya.
''saya ingat awak tak pandai berbahasa melayu. rupanya awak sangat fasih berbahasa melayu''. kata si dia.
''aku memang asal orang sini dan aku memang agama islam''. hanya itu yang aku balas kerana malas nak bercakap lagi.
''nama saya Tengku Adam Zafran bin Tengku Hakimi. nama awak?''.
'tengku?. nama tengku tapi tak akan tak ada orang yang jaga mamat ni sampai kene pukul teruk'
aku malas nak layan sampai la kawan dia yang ditelefon tadi sudah datang.
''ya allah adam. apahal dengan kau ni? macam mana boleh jadi macam ni? kita kena buat report kat polis ni. kalau ayahanda kau tahu ni habis la weyh''
aku hanya memandang kawan dia yang seperti sedang risau dengan keadaan kawan dia itu. mana tak risau kalau dah kawan kena belasah teruk macam ni.
''my name is mohd naufal. thank you very much for helping my friend. I don't know how to say and thank you again.what is your name?. If you don't mind i can sent you at home.'' kata kawan dia yang bernama naufal kepada aku.
''thanks but no thanks, aku tolong ikhlas. dah nama pun kerabat tengku, kalau nak keluar tu janganlah nak berani sangat keluar sorang-sorang.aku pergi dulu.''
aku perasan yang kawan dia bernama naufal tu agak terkejut. mungkin terkejut kerana aku boleh berbahasa melayu ataupun terkejut kerana aku berani sound kawan dia macam tu. lantak lah.

''dia orang melayu dan dia kata dia islam. aku tak pasti dia saja warna kan rambut dia tapi bila aku tengok mata dia aku agak yang dia ada campuran. but dia memang lawa gila''. terang tengku adam kepada naufal yang agak masih terkejut lagi.
''woww. seriously mati-mati aku ingat yang tu minah salleh bro. sekali dia cakap melayu. memang cantik gila la weyh tapi tak banyak cakap dan dia dengan muka paling selamba habis boleh perli kau macam tu.hahaha. yang itu kelakar''
''tu la pasal. tak pernah ada lagi perempuan yang berani cakap macam tu kat aku dan kedua dia pandang muka aku yang handsome lagi sado ni.''
''sado la sangat kalau dah kena pukul macam ni, buat malu je. lagi satu memang la dia tak nampak muka kau dah dengan lebam-lebam macam ni. kalau aku pun tak berselera nak tengok.''
''kurang asam punya kawan, dah la. cepat bawak aku balik kondo. aku malas nak balik villa. nanti orang tua aku nampak macam ni lagi aku membebel panjang pulak nanti. jom''
Tengku adam terus berjalan menuju ke kereta milik kawan nya. dia datang ke taman ini menaiki teksi kerana mahu melepaskan diri dari tahanan ayahandanya. dia tidak pulang ke villa kerana terlalu seronok di club sampai dah tak ingat nak balik. akhirnya dia bawa diri ke taman ini sememtara menunggu hari siang sikit. alih-alih dia dirompak oleh 5 orang lelaki yang macam samseng. dia malas nak melawan kerana hanya dia seorang yang berada di situ.
apabila teringat bagaimana seorang perempuan yang sanggup datang membantunya melawan lelaki jahat itu. dia tersenyum sendiri dan membayangkan bagaimana gadis itu memukul lelaki-lelaki tersebut. tetapi perempuan itu tidak banyak bercakap dan tidak pernah senyum. gaya pun macam dah nak cari gaduh je. apabila melihat mata seperti ada sesuatu yang tak dapat diterangkan.
'aku harap kita akan berjumpa lagi selepas ini gadis rambut blonde'. adam berkata dalam hati sambil tersenyum apabila mengingati seraut wajah yang dah mencuri hatinya.

Tasha sedang membuat laporan kewangan untuk tahun ini dan perlu dihantar dengan segera kepada jabatan audit untuk dikemas kini. sedang dia fokus membuat kerjanya, interkom di atas meja berbunyi dan ini sangat mengganggu dia yang sedang membuat laporan ini.
''ya lina, ada apa?''. jawab aku sambil sedang menaip di komputer.
Lina adalah secretary kepada Tan Sri Malik iaitu CEO syarikat tempat aku kerja.
''Tan Sri Malik nak berjumpa dengan cik tasha di biliknya sekarang''. jawab lina.
''ada apa ya?''
''saya pun tak pasti cik tasha. tapi macam ada hal penting je''
''baiklah. 5 minit lagi saya naik.''
aku mengeluh sambil bangun dari kerusi dan terus ke tingkat 15 dimana pejabat tan sri berada.

aku mengetuk pintu bilik itu sebanyak 3 kali dan apabila ada suara menyuruhnya masuk, dia terus memulas tombol pintu untuk masuk.
''tan sri nak berjumpa dengan saya?''. aku pamerkan wajah tak berperasaan aku.
''ya. silakan duduk tasha. saya ada benda nak cakap dengan awak.''
aku menarik kerusi dan terus duduk di hadapnnya.
''begini. saya ada terima jemputan dari syarikat mega holdings. syarikat tu akan buat annual dinner sempena ulang tahun yang 20 tahun mereka bertapak. jadi saya nak awak pergi untuk wakilkan Encik Sufian sebab dia tak dapat hadir. anak dia sedang sakit sekarang ni.'' terang tan sri kepada aku yang masih blur lagi ni.
''tapi tan sri. saya hanya perunding kewangan saja. saya tidak ada kena mengena dalam annual tu nanti. kenapa tan sri tak wakilkan orang lain yang lebih layak''.
Tan sri malik hanya tersenyum kepada aku.
''saya nak awak yang pergi. ambik pengalaman dekat tempat macam tu. senang nanti lepas ni saya wakilkan awak saja. tiada bantahan lagi, keputusan saya muktamad. jangan risau saya akan ada sekali di situ bersama puan sri. saya dah suruh lina carikan dress untuk awak. tema malam tu masquerade mask. saya harap awak datang ke dinner tu''.
aku mengeluh dalam hati.tiada apa yang boleh dilakukan lagi bila tan sri sudah beri kata putus. sememangnya aku tersangatlah tidak suka ke majlis seperti itu. membuang masa dan penat badan saja.
''baiklah. kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dulu''. pinta ku kepada tan sri dan terus beredar keluar dari bilik yang dirasakan semakin panas. mungkin silap hari bulan aku yang terbakar di dalam tu.
apabila aku melewati tempat lina. aku berhenti dan tanya kepada nya bilakah dinner itu diakan.
katanya esok malam dan dia akan hantar dress itu ke rumah aku dan akan menyiapkan aku.
aku kembali ke pejabat aku dan termenung kenapa aku yang dipilih sedangkan ramai lagi yang layak pergi.

keesokannya,  sedang aku berehat di sofa aku terdengar orang menekan loceng rumah aku. dengan malas aku bangun dan pergi ke pintu. apabila aku membuka pintu lina sedang tersenyum sambil memegang satu beg yang aku pasti ini baju yang perlu aku pakai untuk malam ini. aku menjemputnya masuk dan menyuruhnya membuat seperti rumah sendiri.
''cantik nya rumah cik tasha. pandai cik tasha kemas dan susun atur dalam rumah ni''. itulah reaksi dia apabila masuk saja ke dalam rumah aku.
jam menunjukkan sudah pukul 6 dan dia yang akan menghiaskan aku untuk dinner malam ni. aku malas nak bercakap banyak dan aku hanya duduk diam apabila dia sudah mula menconteng muka aku dengan segala alat make up.
''muka cik tasha dah semula jadi cantik. so, tak banyak yang saya touch up''
''buat la apa yang awak nak buat asalkan jangan jadi pontianak sudah''. selesai aku berkata dia terus ketawa macam aku sedang buat lawak.
''boleh saya tanya satu soalan dekat cik tasha?''. tanya dia kepada aku sambil tangan nya sedang berjalan.
''kalau soalan awak tu tak mengarut saya jawab''. jawab aku kepadanya.
''kenapa selama saya kerja dengan cik tasha, saya tak pernah nampak cik tasha berkawan dengan siapa-siapa?. cik tasha kan cantik orang kata macam miss world dah, tapi kenapa cik tasha tak ada kawan?''. soalan aku sendiri tak boleh keluar dari lina. mungkin dia pelik melihat aku selama ni hanya seorang diri. kalau kata yang nak berkawan tu memang ramai yang kawan dengan aku. bukan hanya kawan, ada ramai juga staff lelaki yang nak kenal dengan aku. mungkin pada mereka aku seorang yang sombong tapi aku buat semua ni pun bersebab dan aku lebih selesa begini.
''sebab saya lebih selesa begini dan saya tak kesah korang nak pikir apa pasal saya.saya dah biasa hidup sendiri sejak umur saya 18 tahun lagi''. terang aku kepadanya dan dia seperti memahami yang aku malas nak melanjutkan perbualan ini.
setelah 45 dia menghiaskan aku. dia menyuruh aku untuk menukar pakaian. aku hanya menurut dan masuk ke dalam bilik air. 15 minit kemudian aku keluar dan memandang lina. dia seperti sedang berada di dunia lain apabila melihat aku.
''you look so beautiful like angel and i don't know how say. kalau saya lelaki mungkin saya dah jatuh cinta dekat cik tasha''
''awak ni jangan nak mengarut. sekarang saya rasa tak selesa pulak nak keluar macam ni.''
''saya terlalu terpegun sampai tak tahu nak cakap apa. mungkin malam ni ramai yang jatuh hati kat cik tasha.hehehe''
kenapa dia pulak yang berseri-seri muka ni. pelik aku.
dia memberi aku masquerade mask, kasut tumit tinggi dan segala perhiasan yang lengkap. selepas itu dia yang akan menghantar aku ke The Majestic hotel.

Tepat jam pukul 8.30 aku telah sampai ke hotel majestic ini. Acara telah bermula pukul 8. disebabkan si lina ni yang bawak tersangatlah berhati-hatimaka sampai la jam 8.30. aku telah lewat setengah jam. aduhhh. mati lah, mesti kena bising dengan tan sri. selepas lina menghantar aku die terus pulang dan aku berjalan masuk ke dalam lobby hotel.
''excuse me, where the ballroom for annual dinner mega holding". tanya aku pada pekerja di lobby hotel itu. pekerja hotel yang bernama aiman itu membawa aku terus ke dalam dewan dan siap dibukakan pintu untuk aku masuk. apabila aku melangkah masuk, aku perasan yang ramai memandang ke arah aku. maybe aku terlampau cantik kot malam ni.huhu. perasan nya.
aku mencari kelibat Tan Sri malik dan Puan Sri Aliya. aku dah senang duduk bila orang yang aku cari tak jumpa-jumpa. memang tak jumpa sebab semua orang pakai mask termasuklah aku sekali. ada seorang lelaki yang datang kepada aku mungkin pekerja hotel ini dan dia membantu aku untuk mencari tempat duduk aku.
setelah aku duduk dengan selesa aku melihat di atas pentas yang majlis sedang dimulakan. mungkin CEO syarikat ini yang memberikan ucapan. selesai CEO itu memberikan ucapan majlis seterusnya ialah menjamu selera.aku melihat ramai yang membuka mask mereka.mungkin sedang makan jadi tidak selesa dengan keadaan memakai mask bagai-bagai ni. aku pun terus saja buka mask aku sebab aku dah terbayang yang aku sangat-sangat lapar sekarang.orang di table aku hanya memandang aku dan tersenyum sahaja.aku hanya balas dengan snyuman yang pendek sahaja.

''hello. where u come from?'' .
ada seseorang yang menegur aku sedang makan dan aku terus mengangkat kepala untuk pandang wajahnya. what? dia?.. oh man. kenapa aku kena jumpa dia dekat sini?. dia pun seperti terkejut melihat muka aku. mungkin dia baru perasan yang aku membantu dia masa kejadiaan tempoh hari.
dia terus menarik tangan aku tanpa aku sempat menghabiskan minuman yang aku minum dan bawa aku ke sudut tepi. aku memandang nya dengan mata yang tajam menunjukkan aku tidak suka cara dia berbuat begitu.
''what are you doing here?'' soal dia kepada aku dengan wajah yang ceria habis.
''it's none your business''. apabila aku melangkah untuk pergi dia memegang tangan aku dan tangan di sebelah kanannya memeluk pinggang aku. aku hanya tahan sabar memirkan aku di tempat orang ramai sekarang ini. apa yang dia buat ni?
''you are so beautiful and i won't never let you go again."
"Tengku Adam, who is she?". aku melihat seorang perempuan yang agak berumur tapi masih cantik dengan pakaian yang sangat elegen.
''bonda ayahanda, kenalkan bakal menantu bonda dan ayahanda". kelihat mereka seperti terkejut dan aku apatah lagi  seperti mahu pengsan dan lenyapkan diri dari muka bumi ini.tetapi mustahil untuk berbuat begitu.
''how can be?. dia bukan perempuan melayu dan islam" ujar ayahanda kepada adam.
dan aku seperti mahu membunuh orang sekarang terutama dengan lelaki yang berada di sebelah aku ini. dia ingat aku apa, patung ke..aku cuba melepaskan tangan yang berada di pinggang aku ini tetapi tidak berhasil dan dia semakin kemas kan pautan itu. aku memandang tajam ke arahnya tapi seperti dia tidak mengendahkan aku.
"sorry tengku and tengku. ini cuma salah faham saja. saya tidak kenal dengan anak tengku ini dan saya mintak maaf sangat-sangat''. kelihatan mereka yang di panggil bonda dan ayahanda itu lagi bertambah terkejut bila melihat aku bercakap dalam melayu.
"no! dia memang girlfriend adam dan akan akan buat pengumuman nanti. adam harap bonda dan ayahanda restui hubungan kami. lagi satu dia memang orang melayu dan islam cuma dia mungkin ada campuran."
''baiklah kalau itu keputusan adam. ayahanda dan bonda sangat gembira bila adam dah buat keputusan nak tinggalkan zaman bujang dan bila kami tengok bakal menantu kami. kami dah jatuh hati. pandai adam pilih ya''. ujar tengku hakimi sambil ketawa bersama isterinya.
"apa nama bakal isteri adam?''. tanya tengku mariam kepada  Tengku adam.
adam pantas berpaling melihat aku. aku tahu yang dia tidak tahu nama aku lagi dan sekarang dia dah buat hidup aku merana.
''nama saya Anastasha vianni gracella bt Ahmad Fawwaz. lebih senang boleh panggil tasha je."
dan aku dah dapat menganggak yang mereka akan terkejut mendengar nama aku.
''nama tasha memang unik" ujar ayahanda
aku melihat tengku hakimi dan tengku mariam berlalu ke atas pentas dan mereka menyampaikan satu berita yang buat semua orang sangat terkejut termasuklah aku.memang malam ni banyak sangat kejutan yang terjadi aku harap aku sedang bermimpi sekarang ni.
"saya nak mengumumkan satu berita yang sangat besar dan juga menjadi kejutan kepada semua tetamu yang datang malam ini. dengan ini anak saya Tengku adam zafran akan menamatkan zaman bujang nya dan akan berkahwin dengan pilihan hati nya iaitu Anastasha vianni gracella bt Ahmad Fawwaz. sila naik ke pentas anakanda dan bakal permaisuri hatinya."
kalau boleh aku nak lari dari sini. aku tidak mahu benda ini terjadi padaku dan mana mungkin aku akan berkahwin dengan lelaki yang aku tidak kenali,
adam memaut tangan aku seerat yang mungkin dan kami bergerak untuk naik ke atas pentas. adam hanya tersenyum kepada aku dan aku terpaksa membalas senyuman dengan hambar. aku lihat semua camera telah menjalan kerjanya dan dimerata tempat aku dapat lihat wajah tetamu yang hadir. mataku terpaku pada wajah Tan sri malik dan isterinya. mereka sedang tersenyum kepada aku dan mungkin mereka tidak menyangka anak kenalan mereka boleh berkenalan dengan aku. aku hanya tersenyum sedikit buat mereka.
apabila pengumuman sudah dibuat maka bermulah acara yang seterusnya tari menari bersama dengan pasangan manakala aku sudah bersama dengan adam. dia menarik aku ke tengah pentas dan menarik pinggang aku sementara tangan kanan aku berada di atas dadanya dan kiri aku digenggam kemas oleh nya. kedudukan kami sangat rapat ketika ini dan hanya kami yang menari. aku memandang tajam ke dalam mata nya dan dia hanya tersenyum sambil memandang aku. aku hanya mengikut gerakan nya sahaja.
''kenapa kau nak kahwin dengan aku?'' aku bertanya soalan itu kepada dia.
''sebaab saya dah jatuh cinta dekat awk sejak awak selamatkan saya dulu dan sejak awak bagi nasihat free untuk saya lagi.since situ saya sedar yang saya nak jumpa awak lagi. tak sangka kita akan berjumpa lagi dalam majlis yang macam ni."
"kau memang dah buat hidup aku merana lepas ni. kau ingat aku akan kahwin dengan kau" soal aku sebagai tanda mengugut yang aku tidak bermain-main.
"saya akan pastikan awak akan jadi milik saya dan kalau awak ingkar cakap saya, saya akan buat hidup awak lebih teruk dari tu. awak tahu saya ni orang yang berpengaruh kan.so, nak tak nak awak kena kahwin juga dengan saya''. selesai dia berkata die mengeyitkan mata kapada aku. betapa aku sakit hati dengan muka dia yang selamba habis.
Tamat saja majlis pada malam itu aku dihantar pulang oleh adam sendiri walaupun aku telah menolak berkali-kali tapi dia tetap berkeras untuk menghantar aku pulanh.aku hanya membiarkan sebab aku sudah terlalu penat dengan semua ini.

Aku baru sahaja bergelar isteri kepada Tengku Ada Zafran. macam mana aku boleh sesenang itu untuk menerimanya. ini semua kerana dia telah mengugut aku dengan macam-macam cara. mungkin ini sudah ketentuan tuhan yang aku terpaksa terima. Majlis pada malam tadi sangat gilang gemilang yang di sambut di hotel luxury sky park, maklumlah anak dari kerabat dan adam ialah anak tunggal dalam keluarganya.

Aku membersihkan diri di dalam bilik air dan aku keluar dengan hanya bertuala sahaja kerana aku di rumah pun sudah terbiasa dengan keadaan ini. tanpa memandang ke arah lain aku terus ke almari yang menempatkan baju aku. Adam terpana apabila melihat keadaan aku sebegini.
'Masyallah, cantik nya isteri aku ni' kata adam di dalam hati. dia bangkit dari katil terus bergerak ke arah tasha dan memeluknya dari belakang.
''sayang terlalu cantik sangat malam ni. sampai abang rasa tak mahu lepaskan sayang dan nak kurung sayang dalam rumah sahaja''. adam berkata begitu kepada tasha.
''tolong lepaskan saya Tengku Adam''. tasha berkata dengan nada yang keras kerana itu menunjukkan dia tidak suka diperlaku sebegini.
adam sudah semakin ghairah dan cuba untuk cium di leher tasha manakala tasha sedaya upaya melepas kan diri rangkulan adam.
"Adam, please behave yourself. awak tak mandi lagi kan?". tasha berkata dalam nada lembut supaya dapat menghentikan adam yang terlalu leka.
Adam terus melepaskan rangkulan di pinggang tasha dan sambil tersenyum adam berkata
"so, after abang mandi boleh kita continue right?. ok sayang, abang mandi dulu ye". selesai adam berkata dia terus berlalu ke dalam bilik air yang serba mewah itu. mereka menginap di hotel untuk 1 malam selepas selesai sahaja majlis mereka pada malam itu.
Tasha mengeluh dan cepat sahaja dia mencari baju untuk dipakai malam ini. tasha termenung di balkoni sambil memikirkan masa hadapan nya bersama adam.'boleh ke aku bahagia bersama dengan lelaki yang aku tak kenal'.hmm. dia hanya memakai lingerine yang boleh dikatakan agak seksi dan disarung oleh jubah mandinya. kerana dia tahu pasti adam tidak akan melepaskannya malam ini.
tasha tersedar apabila ada 1 tangan yang memeluk pinggang nya dari belakang dan itu pastinya adam.
"sayang pikirkan apa tu?''.
"tak ada apa". tasha hanya memejam kan mata nya sahaja kerana dia separuh dari tidak rela apabila adam berbuat begitu.
apabila melihat reaksi tasha yang senyap, adam terus mengangkat tasha masuk ke dalam dan diletakkan di atas katil dengan perlahan. adam terus menutup lampu dan bermulalah episod cinta mereka pada malam itu.

Setelah 3 bulan usia perkahwinan mereka kelihatan adam sangat tenang melayan kerenah nya. adam tidak pernah meninggikan suara pada tasha dan tasha dilayan bagaikan puteri.sedikit demi sedikit tasha dapat menerima adam sebagai suami dan dia sudahpun jatuh cinta pada adam kerana adam pandai kerenahnya. tasha sudah boleh tersenyum dan bergelak ketawa bersama keluarga mentua nya dan lina.sekarang lina sudah menjadi kawan baik kepada adam.
''abang buat apa tu?''. tanya tasha pada adam yang nampaknya sedang membuat kerja di dalam bilik mereka. tasha meletakkan hot chocolate.
"abang nak buat kerja sikit, kalau sayang nak tidur sayang tidur la dulu ya". adam berkata begitu kepada tasha.
"tak boleh tidur tanpa bantal peluk la" tasha berkata dengan nada manja dan mengenyit mata pada adam. tasha terus berlalu ke katil untuk tidur. adam yang mendengar terus sahaja mengemas meja kerja nya dan terus ke katil. nampak nya tasha dah bagi hint pada adam. sejak kebelakangan ini tasha terlalu sangat menggoda dan pandai mengambil hati adam. mereka pun melayari bahtera sekali lagi pada malam itu.

Tasha menunggu adam di ruang tamu dengan sabar. jam sudah melewati ke pukul 11 malam.dia memikir tentang adam kerana adam tidak pernah pulang selewat ini dan jika ada hal pun adam akan terus menghubungi nya. tapi malam ini seperti ada sesuatu yang terjadi. telefon tasha berdering dan dia terus sahaja mengangkat telefon tanpa melihat nama yang terpapar.
"hello, abang dekat mana ni?. dah pukul berapa kenapa tak pulang lagi?'' tanya tasha tanpa sempat orang di talian bersuara.
"hello tasha, ni lina ni. err. lina nak bagi tahu dekat tasha satu perkara ni tapi tasha jangan marah yer."
dengan nada teragak-agak lina untuk memberitahu kepada tasha. lina takut kawan baiknya kecewa tapi dia terlalu sakit hati melihat pasangan itu yang bahagia di hadapan dia sedangkan tasha di rumah sedang menunggu suami nya. what the hell? lelaki macam ni patut campak dalam lombong je.
"lina nak cakap apa?" soal tasha dengan nada berdebar-debar menunggu balasan dari sana.
"sebenarnya kan lina nampak tengku adam dekat restoran melur ni, tapi dia dengan perempuan lain sedang bergelak ketawa siap pegang tangan lagi. lina tak tahu apa hubungan mereka tapi nampak macam rapat sahaja. tasha selidik la dulu dan jangan bertindak melulu. mungkin hanya kawan biasa atau pun client tengku adam ke. itu je lina nak bagi tahu"
aku yang mendengar sudah terduduk dan rasa dunia seakan gelap gelita. setelah mematikan talian aku duduk di sofa sebentar dan seakan aku berada di dunia  lain. aku tunggu di ruang tamu sehingga kepulangan adam. aku melihat ada sebuah kereta yang baru masuk ke halaman rumah dan itu semestinya adam. dia membuka pintu dan terkejut melihat aku yang berada di sofa. mungkin pelik kerana aku tidak tidur lagi kerana jam sudah menunjukkan ke angka 12 lebih.
"awak buat apa dekat sini?. saya penat, saya naik atas dulu ya. oh ya ,lagi satu saya dah kenyang sebab tadi dah makan dekat luar. saya nak naik terus tidur je". dia menyapa aku dan memberi beg kepada aku. aku hanya melihat ke arah dia yang sedang berlalu naik tangga untuk ke bilik kami. selalu nya dia tidak berperangai begini. dia akan mencium dahi aku ataupun bertanya aku  sudah makan ke belum. tapi tidak untuk malam ini dan aku sangat kecewa apabila dia buat aku seperti orang luar.

Keesokannya tasha membuat keputusan untuk menyelidik tentang suaminya. dia memaksa lina untuk mengikut nya dan mereka hanya mengekori kemana kereta adam pergi. dan jelas terbukti di hadapan matanya yang adam sudah curang di belakangnya. dia melihat sendiri yang adam sedang gembira di samping perempuan itu. mereka berjalan di tengah orang ramai di mall sambil berpegangan tangan.tasha tidak dapat menahan air mata nya lalu dihemburkan ke dalam pelukan lina. lina yang melihat sudah panas hati. 'lelaki jenis apa la dia ni. bini sikit punya cantik dekat rumah ni kau pergi cari perempuan lain dekat luar' ujar lina sambil menggelengkan kepala. tasha hanya termenung di dalam kereta dan lina tidak tahu hendak berkata apa lagi. kesian dia melihat keadaan tasha yang nampak pucat  dan kelihatan lemah. baru sahaja tasha hendak membuka pintu pagar rumahnya. tasha terus terjelopok jatuh tidak sedarkan diri. nasib baik lina yang baru hendak menukar gear untuk pergi terus menarik hand break dan keluar dari kereta untuk membantu tasha.lina memapah tasha untuk masuk ke dalam kereta balik dan tasha terus di bawa ke klinik yang berdekatan. 'kesian tasha, macam-macam dugaan yang datang, semoga kau tabah tasha'.

"Tahniah puan, puan disahkan mengandung dan kandungan puan dan cecah 2 bulan. saya harap lepas ni puan jangan sangat berfikir kerana itu akan memberi affect pada kandungan puan.saya harap lepas ni puan jaga kesihatan, makan makanan yang berkhasiat". aku yang mendengar nasihat doktor seperti masuk telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. gembira dan sedih menjadi satu dalam diri ini. aku tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana dan lina yang kelihatan terlalu gembira.
"lina, saya nak tumpang rumah awak dalam beberapa hari ini. saya tak boleh ke rumah itu sebab saya tak sanggup nak pandang muka dia. kenapa dia buat saya macam ni". ujar aku sambil menangis. lina yang melihat juga sudah menitiskan airmata kerana sangat sedih melihat keadaan aku.
"tasha boleh duduk rumah lina sampai bila-bila. sampai tasha rasa tenang. jangan risau, lina tak akan bagitahu sesiapa pun pasal ni. pada Tengku hakimi pun akan tutup mulut". aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada nya kerana sudah membantu aku.

Adam sudah panas punggung apabila dia pulang ke rumah tasha tidak ada di rumah. berkali-kali dia menelefon nombor tasha tapi tidak berangkat. sampai kan rumah ayahanda dan bonda pun dia mencari tetapi tasha tidak berada di sana. kemana tasha pergi sebab tasha tidak pernah keluar malam. Qistina mengajak dia untuk keluar malam ini pun dia menolak kerana tidak tenang jika tasha tidak berada di hadapan nya sekarang ini. baru sahaja dia mahu keluar untuk mencari tasha. ada satu SMS yang masuk.

saya tidak pulang ke rumah buat sementara waktu. berilah saya masa untuk berfikir tentang masa hadapan kita. tolong jangan cari saya . kalau kita ada jodoh pasti kita akan berjumpa. saya dah tahu semua nya pasal awak, pasal awak dengan perempuan itu. saya amat kecewa sebab awak tak pernah nak terangkan apa-apa pun pada saya. saya harap awak faham. salam dari isterimu ini. bye 

Adam sudah terduduk di sofa dan terkejut melihat pesanan ringkas dari isterinya. dia terlalu menyesal kerana membuat tasha seperti tidak wujud di rumah ini. dia terlalu mengikut hawa nafsu sampaikan sanggup curang di belakang isterinya. 'ya allah, apa yang aku dah buat ni.  sayang dekat mana? tolong jangan tinggalkan abang sayang. abang tak boleh hidup tanpa sayang.' buat pertama kalinya adam telah menitiskan airmata pada seorang perempuan iaitu isterinya sendiri.

Merata tempat adam mencari isterinya dan sanggup dia mengupah orang untuk mencari tasha. tetapi sampai sekarang tasha tidak dijumpai dan seperti sengaja menghilangkan jejaknya supaya dia tidak dijumpai. sudak 4 bulan masa berlalu dan sejak dari malam tasha meninggalkan dia, dia telah memutuskan hubungan dengan Qistina dan tidak mengambil tahu tentang perempuan itu lagi. yang dia mahu sekarang ialah isteri nya sendiri. ayahanda dan bonda jugak sudak banyak kali membebel pada dia dan mereka tidak akan memaafkan dia selagi dia tidak menjumpai tasha. mereka melancarkan perang mogok dengan adam sekarang.
adam meraup mukanya dan mengeluh. tidak tahu mahu berbuat apa lagi. tiba-tiba ada sesuatu terlintas di benak nya sekarang ialah lina. tasha tidak pernah berkawan dengan sesiapa selain lina seorang saja. mungkin lina tahu di mana isterinya berada sekarang. dengan pantas dia  keluar dari biliknya dan ke syarikat Tan sri malik untuk berjumpa dengan lina. sejak berkahwin dengan tasha dia sudah menyuruh tasha berhenti kerja di syarikat lamanya dan mahu tasha menjadi suri rumah sepenuh masa.tapi dia yang telah membuat onar dan hilangkan kepercayaan isterinya.
Sesampai di syarikat itu dia terus bertanya kepada penyambut tetamu itu dimana tempat lina selaku secretary kepada Tan Sri Malik. selepas mendapat maklumat adam terus berlalu ke lift untuk ke tingkat 15. sampai sahaja dia terus pergi ke meja lina. lina kelihatan terkejut dengan kemunculan tengku adam. jangan kata dia seorang sahaja yang terkejut. staff yang berada di tempat itu juga terkejut melihat kemunculan tengku adam di hadapan lina.
"saya tahu yang awak tahu tasha dekat mana sekarang. tolong bagitahu saya cepat" tanya adam dengan termengahm mengah akibat berlari tadi. dia sudah tidak sabar mahu bertanya tentang isterinya.
"apa yang tengku cakap ni. saya tak tahu apa-apa tentang cik tasha". jawab lina dengan nada yang takut-takut, tapi memang dia tak pandai nak tipu orang pun tambahan lagi yang di hadapannya sekarang nie ialah tengku adam. silap-silap dia boleh aku hilang kerja jugak.
"awak tahu lina, kalau awak tipu saya macam mana akibatnya. saya boleh buat awak hilang kerja atau buat awak lagi teruk".
'hah. kan aku dah agak. baru je aku cakap pasal hilang tempat kerja,. aduh mati la aku'.
lina sudah tidak senang duduk sambil pandang semua orang yang melihat keadaan mereka ini. Tan Sri juga sudah keluar dari biliknya kerana pelik melihat ramai orang yang memandang ke arah lina.
"kenapa ni Tengku adam? ada apa-apa yang boleh saya bantu?" jawab Tan Sri malik.
"saya cuma nak tahu dekat mana isteri saya sekarang dan saya agak lina tahu dimana isteri saya sebab selama ni hanya lina saja kawan yang tasha ada."
Tan Sri menyuruh lina memberi tahu hal sebenar kalau tidak mahu benda buruk yang jadi. lina terpaksa mengaku yang tasha berada di rumahnya sekarang.
"Dia terlampau sedih dengan Tengku sampai keadaan dia sekarang sangat tak terurus. saya harap tengku dapat pujuk tasha balik.kesian saya tengok keadaan dia." jawab lina ,selapas itu lina memberi kunci rumahnya pada tengku adam suapaya senang untuk tengku adam masuk ke rumahnya.
Adam mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi dari syarikat itu dan terus ke rumah lina untuk melihat keadaan isterinya. serasa tidak sabar untuk sampai ke rumah lina. 'sayang, abang datang dekat sayang. tunggu abang.'

tasha yang sedang mengait di ruang  tamu tterkejut apbila terdengar bunnyi pintu di pulas. sangkanya lina sebbab dia tidak memandang ke balakang. usia kanndungan nya sudah mencecah  7 bulan dan ini membantaskan pergerakan nya untuk bergerak. dia agak penat apabila berjalan agak banyak.
"lina, awal nya awak balik. kenapa? sakit ke?" tanya aku tanpa memandang ke pintu. apabila terasa senyap dia terus bangun dan pusing ke belakang. betapa dia terkejut melihat orang yang berada di hadapan nya sekarang. suami nya sendiri. dan yang lebih terkejut tentunya adam. adam terus berjalan ke hadapan tasha dan terus memeluk tasha dengan erat seperti tidak mahu melepaskan tasha lagi dari hidupnya.
"sayang, abang rindu dekat sayang. sayang jangan tinggalkan abang lagi. abang mintak maaf sebab abang dah buat sayang kecewa. abang tak hargai sayang sebagai isteri abang. abang silap dan abang dah putuskan hubungan dengan perempuan tu.maafkan abang.  abang janji abang tak buat lagi tu semua. tolong maafkan abang ya sayang." ujar adam dan aku hanya memandang ke dalam matanya. aku terus memeluk nya dan menangis semahunya. sesungguhnya aku teramat merinduinya.
"saya maafkan awak. saya pun rindu sangat dengan awak. tolong jangan buat saya macam ni lagi.saya tak kuat tanpa awak."  sambil menangis aku berkata kepadanya.
"abang janji sayang. syukur alhamdullilah sayang dah maafkan abang. abang happy sangat. dah berapa bulan sayang?'' tanya nya merujuk kepada perut aku yang sedang membuyut itu.
"7 bulan." jawab aku sambik tersenyum melihat dia.
"tasha minta maaf sebab tasha tak beritahu abang pasal ni. tasha takut abang tak boleh terima tasha dengan bayi ni."
"kenapa sayang cakap macam tu. abang yang silap. abang terlalu ikut hawa nafsu sampaikan abang abaikan isteri sebaik sayang ni. abang harap anak kita ikut sayang. sayang terlalu baik, cantik pada abang. sayang lah bidadari abang dunia akhirat. jom kita balik. abang dah tak sabar nak cari barang-barang baby semua."
aku hanya tersenyum dan syukur alhamdullilah kau dah kembalikan suami kepada ku semula.

aku makan aiskrim yang berada di dalam bekas sehingga habis dan adam sangat pelik melihat aku yang macam tak pernah nampak aiskrim sahaja.
"sayang, tak sejuk ke makan aiskrim banyak-banyak tu?'' tanya adam pada aku.
aku hanya tersenyum melihat dia membuat muka pelik plus terkemit-kemit. macam dia pulak yang makan aiskrim.haha.
"baby yang nak. nak buat macam mana. sayang dah cakap jangan makan banyak sangat.nanti sakit perut pulak. dia degil juga tak dengar cakap sayang.hehe"
"pandai jual nama baby erk" ujar adam yang tengah asyik membaca buku di atas katil.
'aduhh. tak kan baru cakap sikit anak mama dah marah kut. maaf la sayang.'
"abang... air apa ni?" soal aku dan melihat air yang banyak sudak melimpah di baju aku. adam yang melihat sudah terkejut dan dia cepat-cepat berlari ke arah aku. dia juga ada terbaca yang tanda-tanda nak bersalin ni bila air ketumban dan nak pecah. mungkin isterinya sudah sampai masa dah nak bersalin.
"sayang.. abang rasa baby dah nak keluar la." terang adam yang dalam keadaan panik sambil dia memapah aku terus ke kereta.
"tak kan la.tapi tak rasa sakit pun." aku masih dalam kedaan blur habis. sebab tak rasa sakit pun.
"sayang dengar cakap abang. kita pergi hospital ok." aku hanya mengangguk dan dia terus memecut kereta nya ke hospital. 20 minit kemudian baru perut ku sperti rasa menyucuk. mungkin dah sampai masa untuk anak dia melihat dunia,
"abang.. sakit abang" ujar aku dengan wajah yang berkerut habis.
"sabar ya. nak sampai dah. tahan sikit je lagi"

Selama aku melahirkan anak kami. adam sentiasa ada di sisiku dan boleh dikatakan dia yang paling kelam kabut dalam bilik bersalin ni. sampaikan doktor mahu menghalau nya keluar tetapi dia hanya buat muka tak berperasaan nya sahaja. haila laki aku ni. sabar je la.
akhirnya aku selamat melahirkan anak kembar. jangan main-main kau. sepasang dan boleh dikatakan ramai yang teruja dengan kelahiran anak kami ini. yang paling teruja tentulah ayahanda dan bonda kerana mendapat cucu sulung. bukan main banyak barang bayi mereka beli untuk si kembar ini.
anak perempuan kami diberi nama tengku puteri alicia dan anak lelaki kami iaitu abang kepada puteri ialah tengku mikail haikal. sungguh bahagia aku rasakan apabila dikelilingi orang yang aku sayang. dikurniakan cahaya mata kembar dan seorang suami yang penyanyang. adam sampai minta cuti sebulan untuk menjaga aku di rumah walaupun aku sudah dijaga oleh bonda semasa berpantang.katanya dia idak mahu berenggang langsung bersama kami. aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat dia.

"abang kenapa puteri banyak ikut muka abang.?'' tanya aku pada adam. dia tergelak dan memeluk aku dari belakang sambil perhatikan anak kami.
"yelah. mikail lagi banyak ikut muka sayang. dahla rambut dia perang macam sayang. abang takut dah besar nanti dia gunakan kelebihan yang dia ada untuk mainkan perempuan. mata mereka buat kita jatuh hati dan abang sayang sangat cinta-cinta hati abang ni." terang adam kepada aku dan aku memang mengakui yang mikail banyak mengikut iras aku.seperti kami ini anak orang putih.dengan mata coklat, hidung yang mancung. sungguh sempurna ciptaan allah ini. aku sangat bersyukur padamu.
"kita sama- sama didik mereka ya. tekankan mereka dengan didikan agama supaya tidak melupakan tuhan. insyallah." ujar aku .
"ni yang buat abang bertambah sayang ni. so, anak yang ketiga bila lagi ya?'' ujar adam sambil tergelak.
aku memukul bahunya dan terus berlari keluar sebelum jadi apa-apa.

hidup tidak selalu nya indah. ada suka dan duka. aku harap hubungan kami kekal sampai ke jannah. aminn . i love you abang.
Malam annual dinner syarikat tengku adam

No comments:

Post a Comment